Friday, 1 November 2013

SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN ....:(

Assalamualaikum ,

Lama betul saya tak update blog disebabkan peperiksaan akhir tahun.Saya mengaku saya menghilang buat sementara waktu untuk membuat persediaan peperiksaan akhir tahun.Saya harap pembaca blog semua sihat walaupun dah lama kita berjumpa.

                                                                SEPI BUKAN BERERTI HILANG,
                                                                DIAM BUKAN BERERTI LUPA,
                                                               JAUH BUKAN BERERTI PUTUS.

                                                               KERANA ADA SATU IKATAN 
                                                                     YANG TAK MUNGKIN
                                                                              PUTUS

                                                                   "PERSAHABATAN"
 
Kadang-kadang Allah telah menghantar seorang sahabat untuk menegur kita,menemani kita,menghiburkan kita dan sebagai seorang sahabat yang lebih baik daripada 1000 teman yang mementingkan diri sendiri.Tapi adakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan itu?

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan seorang sahabat saya iaitu Anis.Anis adalah seorang yang baik dan saya memang rapat dengan dia.Saya dengan dia mempunyai minat yang sama.Tapi dia akan pindah sekolah.Semasa saya dapat tahu dia akan pindah,perasaan saya seperti kehilangan kaki sebelah tapi saya terpaksa senyum di depan matanya.Semasa saya di rumah ,saya terfikir mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.Sesungguhnya Allah SWT MAHA Mengetahui .

                                                                  Kenangan yang terindah





Kepada Anis,


kau adalah sahabatku yang terbaik,
aku takkan pernah lupa segala kenangan bersama,
kenangan itu ku akan simpan dalam kotak hati,
maafkanku jika diriku tidak sempurna menjadi sahabat baikmu,
SELAMAT MAJU JAYA DI SEKOLAH BARU.

Kepada semua pembaca blog ini, saya ingin memberi nasihat hargailah sahabat kita walaupun seburuk mana pun kerana mereka juga adalah manusia ciptaan Allah SWT yang tak pernah terlepas melakukan kesilapan.



Saturday, 10 August 2013

JOM PERGI BERAYA!!!!

Assalamualaikum,

Apa story tentang raya tahun ni? mesti lebih meriah daripada tahun lepas.Duit raya yang adik-adik kumpul dah berapa?Banyak tak?Kalau banyak meh lah sikit...XD (gurau je).Sudah berapa hari Syawal menjelma marilah kita sama-sama menunaikan puasa enam hari di bulan Syawal.Banyak ganjarannya.Tapi hari ini saya ingin kongsi sambutan Syawal di tempat saya :)

Pagi-pagi macam biasa saya dengan family akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari ray.Untuk pengetahuan semua solat sunat hari raya merupkan solat sunat yang digalakkan dalam Islam.Selain itu, kita dapat mewujudkan hubungan silaturahim antara jemaah lain.Pengalaman saya,apabila mendengar takbir sati saya mudah tersentuh.Saya sedar adakah saya layak menyambut hari kemenangan ini setelah menjalankan ujian yang Allah berikan?

SUASANA MENYAMBUT KEMENANGAN 











Wednesday, 7 August 2013

TAZKIRAH AKHIR RAMADAN:AURAT

Assalamualaikum,                                 

Sebelum itu saya ingin megucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.Sedar tak sedar kita dah memang di akhir Ramadan.Satu je  soalan saya yang bermain difikiran saya...Adakah amalan aku diterima??? Apapun saya hanya berserah kepada Allah.

Baiklah saya ingin berkongsi sedikit tetang KHALIFAH MUDA.Khalifah Muda merupkan salah satu aktiviti di sekolah.Peserta hendaklah memberi takzirah kepada semua pelajar.Mula-mula tu rase berdebar jugaklah tapi Alhamdulillah disebabkan pertolongan ustazah akhirnya saya dan rakan-rakan dapat menyampaikan tazkirah dengan lancar.Hari saya ingin berkongsi satu tazakirah yang disampaikan oleh rakan saya iaitu megenai aurat.

Ok cuba fikir kenapa kita kena puasa?Allah suruh wajib buatlah.

Ok cuba fikir kalau Allah suruh kita puasa kita buat tapi kalau Allah suruh kita menutup aurat  kenapa kita tak buat sedangkan menutup aurat itu adalah WAJIB!!!


Ok cuba fikir kalau kita tidak menutup aurat bagaimana Allah ingin menilai puasa kita kalau kita tidak menutup aurat? Ibarat kalau kita jawab exam satu soalan tak buat macammana cikgu nak bagi  markah kat kita?

Aurat bagi perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali dua pergelangan tangan dan muka
Aurat lelaki pula adalah dari pusat hingga lutut.






Pernah tak kita terfikir kenapa Allah menetapakan aurat lelaki lebih sikit dari aurat perempuan? Kerana walaupun aurat lelaki sikit tetapi ,ereka ade tanggungjawab yang besar untuk mendidik perepuan untuk menutup aurat.Hal ini kerana, seorang perempuan dapat menarik EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA.Antaranya AYAH,SAUDARA LELAKI,SUAMI DAN ANAK LELAKI.




Sunday, 28 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA SMK BUKIT JELUTONG....

Assalamualaikum,

Sihat?Maaf sebab saya dah lama tidak tulis blog ni sebab saya begitu sibuk dengan aktiviti disekolah sempena dengan bulan Ramadhan in.Pelbagai aktiviti diadakan seperti Khalifah muda,tadarrus Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Hari ini saya akan ceritakan pengalaman saya berbuka di sekolah.Kalau awak semua nak tahu inilah pengalaman pertama kali saya berbuka di sekolah.Terdapat pelbagai makanan untuk berbuka.Rasa amat kenyang selepas berbuka itu walaupun tak makan nasi tapi makan banyak kuih.Walauapapun saya tetap bersyukur dengan makanan yang ada.:)



SEKITAR MAJLIS BERBUKA




Insyaallah saya akan ceritakan tentang Khalifah Muda

Tuesday, 9 July 2013

MEGENALI TRADISI UMAT ISLAM MENYAMBUT RAMDHAN:SYRIA

Assalamualaikum,


                                                        


                                                     

Sempena kehadiran bulan Ramadhan ini,saya berkongsi tentang tradisi umat Islam menyambut puasa.Puasa merupakan ibadat wajib yang harus dilaksanakan oleh semua umat Islam tidak kira bangsa dan negara mana kita tinggal.Namun,setiap negara mempunyai tradisi masing-masing.

Sebagai contoh di Syria:

  • Sepanjang  bulan puasa malam-malamnya dipenuhi dengan pelbagai amalan kebajikan yang bersifat keagamaan dan  mengikut kebudayaan masing-masing.
  • Setiap masjid diadakan satu raunagan khusus untuk membaca Al-Quran dan berzikir.
  • Pada waktu petang,masyarakat Syria akan mengunjungi kedai-kedai untuk membeli keperluan  mereka sepanjang berpuasa.
  • Berbuka puasa pada hari pertama puasa bersama keluarga yang paling tua merupakan kewajipan mereka.Hal ini merupakan tradisi mereka sejak turun temurun.Ini juga sebagai tanda hormat
  • Semua ahli keluarga perlu berbuka bersama-sama sebagai ucapan selamat.

Sampai sini dulu saya Insyallah kita berjumpa lagi

SELAMAT BERPUASA!!!




Sunday, 7 July 2013

KARNIVAL SEDEKAD SMK BUKIT JELUTONG!!!!

Assalamualaikum,

Akhirnya,karnival sekolah yang dinantikan telah pun berakhir.Banyak gerai yang menjual makanan,minuman dan pelbagai lagi.Selain itu ,terdapat permainan seperti water boat,water balloon dan lain-lain.Terdapat juga rumah hantu + rumah sesat.Masuk je rumah tu susah nak keluar dah lah gelap selapas tu banyak hantu yang menjadi penghalang.SERAM!!!! tapi enjoy juga walaupun SERAM nama pun rumah hantu.Tapi hari karnival tu memang menyeronokkan kerana saya dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan dan dapat mendedahkan diri dalam dunia perniagaan kerana saya jadi tukang jual.Tapi apa-apa pun  yang paling peting KERJASAMA dari ahli kumpulan amat penting.Jadi kalau anda berada dalam kumpulan sama-samalah kita berganding bahu untuk melaksanakan sesuatu dengan baik.

Sekitar karnival











Saturday, 29 June 2013

MARILAH MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum,

Sebagai seorang Islam,kita mempunyai amanah yang harus dilaksanakan iaitu menuntut ilmu.

Ilmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang dihafal 
semata-mata
(Iman Syafie)

Hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya:Dari Abu Bakar r.a. berkata ,telah bersabda Rasulullah :Hendaklah kamu berusaha menjadi orang yang berilmu atau orang yang mengajarkan ilmu atau orang yang mempelajari atau mendengar ilmu atau jadilah orang yang mencintai ilmu dan janganlah kamu termasuk ke dalam golongan yang kelima,nescaya ia akan membinasakan kamu.


Huraian Hadis:


  • Orang yang berilmu dan mengajarkan ilmu
    Orang yang memiliki pengetahuan tentang sesuatu perkara dengan mendalam
  • Orang yang mempelajari ilmu atau pelajar
    Orang yang berusaha mempelajari sesuatu bidang
  • Orang yang suka mendengar ilmu yang baik (manfaat)
    Orang yang mempunyai ilmu  mengamalkan dan mengajarkan ilmu tersebut untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan seharian
  • Orang yang cintakan ilmuOrang yang sentiasa gigih berusaha untuk mendalami sesuatu ilmu,menjaga,dan menyampaikan ilmu tersebut untuk kebaikan orang lain
  • Orang yang membenci ilmuOrang yang tidak suka mencari ilmu dan menyalahgunakan ilmu yang diperoleh kepada perkara yang buruk dan bertentangan denagn syariat Islam.

Ilmu merupakan pengetahuan asas kejayaan sesorang.Bayangkanlah jika kita tidak memiliki ilmu tentang sesuatu bolehkah kita hidup?Bolehkah kita bekerja?Bolehkah kita majukan diri,keluarga,masyarakat dan negara?


Dengan adanya ilmu kita dapat membezakan antara perkara baik dan buruk dengan tepat.Ilmu yang berguna akan membantu kita untuk memajukan diri,keluarga,masyarakat dan negara.Selain itu, Allah telah menjanjikan ketinggian darjat di dunia dan di akhirat kepada orang yang berilmu.




Langkah pertama untuk mendapat pengetahuan adalah dengan mengetahui bahawa kita tidak berpengtahuan
(Cecil B. Demille)

                                                 



Wednesday, 26 June 2013

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA :D

Assalamualaikum,

Topik saya pada hari ini adalah tentang KEGAGALAN...Sebagai seorang murid sekolah tentu kita kadang-kadang dapat keputusan gagal dalam sesuatu mata pelajaran kan?Saya  mengalami benda yang sama  juga.Saya tahu perasaan awak semua tentu terfikir:-

  • Kenapa kita gagal sedangkan kita dah usaha? 
  • Kenapa kita gagal walaupun kita rasa kita boleh buat?
Kegagalan merupakan asas kemenangan 
(Lao Tze) 

                                                                
Gagal dalam peperiksaan merupakan satu musibah daripada Allah  SWT untuk kita sebagai hamba-hambaNYA.Kita sebagai hambaNya  haruslah terus berusaha berdoa untuk memperoleh kejayaan.Terdapat beberapa kemungkinan Allah SWT memberi kita gagal, antaranya:-


    
  • Mungkin Allah SWT ingin memberikan kegagalan itu kepada kita kerana DIA ingin melihat kita berusaha dan terus menadah tangan memohon doa dariNYA.     
  • Mungkin juga DIA ingin menguji tahap kesabaran kita sebagai hambaNYA.
  • Mungkin juga Allah SWT sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi,selagi dia belum berputus asa 
(Lord Efebry)


Jadi,apabila kita berusaha gigih InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat hanya Dia Yang Maha Mengetahui.Yang penting teruskan mencuba dan berdoa :)


Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencuba sesuatu 
(Frederick Smith)




Monday, 24 June 2013

JOM RENUNG DAN BERFIKIR :D

Assalamualaikum,

Pada hari ini, perasaan atau tidak kita asyik mempertikaikan nikmat Allah yang Allah kurniakan pada kita.NikmatNya yang meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung ke bawah kaki,kesihatan,keamanan negara dan pelbagai lagi.

...sekiranya kalian menghintung-hintung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghintungnya...(Ibrahim:34)



Jom kita renung dan berfikir:

  • Adakah berjalan dengan dua kaki merupakan sesuatu yang biasa,sedangkan ada manusia yang tidak mempunyai kaki?
  • Adakah merasa makanan yang lazat dan minuman yang sejuk merupakan sesuatu bukan nikmat Allah yang Allah kurniakan,sedangkan ramai manusia tidak dapat merasakannya?
  • Adakah melihat dengan dua mata merupakan sesuatu yang senang,sedangkan ada manusia tidak dapat melihat ciptaan Allah ini?

Kadang-kadang kita tidak terfikir dengan kurniaan Allah ini.Ingatlah!!!Allah telah kurniakan aqal fikiran yang bersih sehingga terhindar dari kegilaan.Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhintung, tetapi  sayangnya kita tidak menyedarinya.

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya?    (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri kita,keluarga,tempat tinggal,pekerjaan,kesihatan,sahabat,dan dunia sekeliling kita.Renunglah dan berfikirlah.



                                                            



Sunday, 23 June 2013

LOVE YOU ALL!!!


Assalamualaikum!!!!

Pada tarikh 21 Jun 2013,merupakan hari terakhir guru-guru praktikal menjalankan tugasnya di sekolah saya.Kesedihan amat dirasai.Walaupun mereka guru praktikal tapi tidak pernah berputus asa untuk mendidik kami.Mereka hanya bersabar melayan kerenah kami dan juga sentiasa memberi teguran seperti seorang abang/kakak terhadap adiknya.Nasihat dan semangat mereka berikan ,memberikan kesan yang mendalam kepada kami sebagai pelajar.Melahirkan semangat terus berusaha dalam diri kami.Semua kenangan yang terindah bersama mereka akan saya simpan dalam hati ini.

                                                              HARI GURU 2013 

Hidupmu menjadi pelita kehidupan kami,
menyinari suasana gelap menjadi cerah,
menemani kami saat kami terjatuh,
membangkitkan semangat kami ,
dan
sentiasa membuat kami ketawa.

 Segala kenangan menjadi kenangan yang 

terindah


                                       
                                 


                                 
                                             
                                 
                                             

JASAMU TIDAK DAPAT KAMI SEMUA LUPAKAN 

                  TERIMA KASIH ,CIKGU!!!


Kepada semua guru praktikal,saya ingin mohon maaf jika saya terkasar.Saya berharap saya  kita semua boleh berjumpa lagi pada masa akan dtg....Saya doakan semoga semua guru praktikal menjadi guru yang TERBAIK!!! Amin. :)

P/s:nasihat buat cikgu praktikal janganlah menabur pasir, menaburlah ilmu yg berguna :)