Lama betul saya tak update blog disebabkan peperiksaan akhir tahun.Saya mengaku saya menghilang buat sementara waktu untuk membuat persediaan peperiksaan akhir tahun.Saya harap pembaca blog semua sihat walaupun dah lama kita berjumpa.
SEPI BUKAN BERERTI HILANG,
DIAM BUKAN BERERTI LUPA,
JAUH BUKAN BERERTI PUTUS.
KERANA ADA SATU IKATAN
YANG TAK MUNGKIN
PUTUS
"PERSAHABATAN"
Kadang-kadang Allah telah menghantar seorang sahabat untuk menegur kita,menemani kita,menghiburkan kita dan sebagai seorang sahabat yang lebih baik daripada 1000 teman yang mementingkan diri sendiri.Tapi adakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan itu?
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan seorang sahabat saya iaitu Anis.Anis adalah seorang yang baik dan saya memang rapat dengan dia.Saya dengan dia mempunyai minat yang sama.Tapi dia akan pindah sekolah.Semasa saya dapat tahu dia akan pindah,perasaan saya seperti kehilangan kaki sebelah tapi saya terpaksa senyum di depan matanya.Semasa saya di rumah ,saya terfikir mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.Sesungguhnya Allah SWT MAHA Mengetahui .
Kenangan yang terindah
Kepada Anis,
kau adalah sahabatku yang terbaik,
aku takkan pernah lupa segala kenangan bersama,
kenangan itu ku akan simpan dalam kotak hati,
maafkanku jika diriku tidak sempurna menjadi sahabat baikmu,
SELAMAT MAJU JAYA DI SEKOLAH BARU.
Kepada semua pembaca blog ini, saya ingin memberi nasihat hargailah sahabat kita walaupun seburuk mana pun kerana mereka juga adalah manusia ciptaan Allah SWT yang tak pernah terlepas melakukan kesilapan.


No comments:
Post a Comment