Wednesday, 26 June 2013

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA :D

Assalamualaikum,

Topik saya pada hari ini adalah tentang KEGAGALAN...Sebagai seorang murid sekolah tentu kita kadang-kadang dapat keputusan gagal dalam sesuatu mata pelajaran kan?Saya  mengalami benda yang sama  juga.Saya tahu perasaan awak semua tentu terfikir:-

  • Kenapa kita gagal sedangkan kita dah usaha? 
  • Kenapa kita gagal walaupun kita rasa kita boleh buat?
Kegagalan merupakan asas kemenangan 
(Lao Tze) 

                                                                
Gagal dalam peperiksaan merupakan satu musibah daripada Allah  SWT untuk kita sebagai hamba-hambaNYA.Kita sebagai hambaNya  haruslah terus berusaha berdoa untuk memperoleh kejayaan.Terdapat beberapa kemungkinan Allah SWT memberi kita gagal, antaranya:-


    
  • Mungkin Allah SWT ingin memberikan kegagalan itu kepada kita kerana DIA ingin melihat kita berusaha dan terus menadah tangan memohon doa dariNYA.     
  • Mungkin juga DIA ingin menguji tahap kesabaran kita sebagai hambaNYA.
  • Mungkin juga Allah SWT sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi,selagi dia belum berputus asa 
(Lord Efebry)


Jadi,apabila kita berusaha gigih InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat hanya Dia Yang Maha Mengetahui.Yang penting teruskan mencuba dan berdoa :)


Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencuba sesuatu 
(Frederick Smith)




No comments:

Post a Comment