Monday, 24 June 2013

JOM RENUNG DAN BERFIKIR :D

Assalamualaikum,

Pada hari ini, perasaan atau tidak kita asyik mempertikaikan nikmat Allah yang Allah kurniakan pada kita.NikmatNya yang meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung ke bawah kaki,kesihatan,keamanan negara dan pelbagai lagi.

...sekiranya kalian menghintung-hintung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghintungnya...(Ibrahim:34)



Jom kita renung dan berfikir:

  • Adakah berjalan dengan dua kaki merupakan sesuatu yang biasa,sedangkan ada manusia yang tidak mempunyai kaki?
  • Adakah merasa makanan yang lazat dan minuman yang sejuk merupakan sesuatu bukan nikmat Allah yang Allah kurniakan,sedangkan ramai manusia tidak dapat merasakannya?
  • Adakah melihat dengan dua mata merupakan sesuatu yang senang,sedangkan ada manusia tidak dapat melihat ciptaan Allah ini?

Kadang-kadang kita tidak terfikir dengan kurniaan Allah ini.Ingatlah!!!Allah telah kurniakan aqal fikiran yang bersih sehingga terhindar dari kegilaan.Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhintung, tetapi  sayangnya kita tidak menyedarinya.

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya?    (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri kita,keluarga,tempat tinggal,pekerjaan,kesihatan,sahabat,dan dunia sekeliling kita.Renunglah dan berfikirlah.



                                                            



No comments:

Post a Comment